Hari itu ibu menangis masa di telefon kerana aku cakap "ibu, saya rindu ibu".
Ibu kata itu kali pertama aku cakap macam tu, jadi dia rasa terharu sangat hingga menangis.
Seumur hidup, aku tak pernah cakap, " Saya rindu ibu" atau ayat-ayat yang sewaktu dengannya.Jadi mungkin ibu ingat aku nie jenis anak yang tak suka menunjukkan perasaan.
Mungkin bagi orang dewasa, aku budak yang macam tu.jarang bercakap dan jarang tunjukkan emosi.Membesar dengan senyap dia biasa-biasa sahaja.
Adakalanya ibu menangis apabila tengok drama sedih, masa tu aku akan gelakkan dia.Ibu cuma akan mengeluh "budak nie" bila aku buat macam tu.
Seingat aku, aku memang jarang berada kat sisi ibu.Aku jarang berborak dengan dia atau dengar masalah dia.Malah aku buat endah tak endah sahaja bila dia beritahu aku dia tak berapa sihat.
Pada tahun itu ibu menderita kerana penyakit kanser.Aku berada di darjah 5, sekolah rendah.Bila dia beritahu aku keadaan bertambah teruk aku tidak tahu apakah itu kanser.\
Aku melawat dia sekali sahaja kat hospital-hari sebelum pembedahan dia. Dia duduk atas katil-baut pertama kali ,aku nampak keadaan ibu begitu lemah dan sakit.Bila dia pusing,dia nampak aku.Dengan cepat aku lari kepadanya dan peluk dia kuat-kuat dan aku boleh merasakan mungkin ini pelukan terakhir dari ibu.
Lepas beberapa bulan bertarung dengan penyakitnya, ibu memenangi pertarungan itu.Ibu pulang ke rumah, pulang pada aku.
Ramai orang kata anak adalah seperti anak burung.Bila sayap mereka sudah cukup kuat,mereka akan terbang meninggalkan rumah.
Dulu aku benci bila ibu tanya tentang keadaan aku sebab aku rasa aku sudah cukup besar untuk jaga diri sendiri.Aku tak perlu lagi dengar nasihat dan pendapat dia.Aku selalu bergaduh dengan dia, menyebabkan ibu selalu bersedih dan menangis sebab pandangan ibu adalah salah.Aku rasa ibu sangat ketinggalan zaman.Masa itu aku rasa aku dah cukup matang.
Beberapa tahun lepas, aku tinggalkan rumah, tinggalkan ibu.Aku cuba berdikari, mulakan hidup baru.
Setiap malam lepas balik kerja,bila aku balik ke bilik sewa ku, aku rasa kosong dan sunyi.Tiada orang nak sambut aku.Seorang diri aku masak,makan,menulis dan adakalanya bercakap dengan diri sendiri.
Aku selalu ingat masa aku duduk dengan keluarga dulu.Setiap hari lepas sekolah,makanan dah tersedia kat ruang makan!Ibu pasti menanti aku di pintu.Dengan penuh semangat aku tanya kepada ibu "cuba teka berapa muka surat kerja sekolah saya siapkan hari ini?". Ibu adalah sumber motivasi aku, jadi aku sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik.
Lepas aku tinggalkan rumah, aku mesti teringat pada ibu. setiap kali aku sakit masa aku kecil dulu,ibu pasti berada kat sisi aku.hilang rasa bimbang bila nampak dia.
Aku sentiasa ingat zaman kecil aku. ibu bagikan payung yang besar.dia akan lindungi aku dari hujan dan panas.setiap kali aku berdepan masalah aku masih terus memikirkan dia.dalam hati aku bertanya "ibu apa patut saya buat"?"ibu tolong saya".
Tapi hati ini tiada orang yang tahu kecuali aku.
banyak kali aku nak telefon dia tapi aku bertanya diri sendiri tabahlah"! aku tak nak orang tau bersediahankepedihan yang aku raa.walaupun aku rindu seseorang...............orang yang aku saya................aku pendam perasaan aku termasuk rasa kasih aku pada aku .
Ibu,sebenarnya saya siap.
saya sangka dengan pura-pura tak peduli dan dengan memendam emosi yang saya rasakan,saya dapat sembunyikan kelemahan saya dengan menjadi >kuat
ibu < saya sebenarnya tak kuat langsung.
Tak siapa tahu pada malam aku tinggal rumah,aku menangis dalam perjalanan.bila aku ingat saja pada ibu,air mata aku mengalir tanpa dapat ditahan.aku menangis sebab aku akan tinggalkan ibu,dan perjalanan membawa aku semakin jauh darinya. aku menangis bersungai- sungai.aku tak sanggup bayangkan kesunyian yang ibu rasa sepanjang bertahun aku tiggalkan rumah.aku tak sanggup bayangkan wajah sedih ibu sebab aku tahu,air mata aku akan mengalir lagi.
ibu kawan aku z meniggal dunia 2 tahun lepas di majlis pengebumian ,aku tak dapat menanhan diri dari menangis.aku nampak z asyik pandang ke langit supaya air mata yang bergenang dikelopak matanya tidak mengalir.dari belakang dia nampak tabah tapi sebenarnya dia paksa diri untuk jadi kuat.di bawah langit yang cerah itu dia nampak keseorangan.
ketika itulah aku sedar,kami membesar dengan begitu cepat.seseorang benar kata,bila kita dewasa,ketika itulah ramai orang akan tinggalkan kita.jadi diakhirnya kita semua akan keseorangan sama seperti keadaan kita masa lahir dulu.
Hidup kita berpusing macam roda,kita terpaksa lepaskan banyak benda.mungkin apa yang kita boleh pegang hanya untuk masa sekarang.sekurang-kurangnya pada detik ini kita gembira.sekurang-kurangnya pada detik ini kita dapat mengecapi kebahagiaan.kita mesti cukup berani untuk mencintai dan dicintai. jadi kita tak akan hidup dalam penyesalan.
Ibu,ahkirnya aku faham maksud "kuat" yang sebenar. erti kekuatan ialah memiliki keberanian untuk menunjukkan perasaan kita yang sebenar.erti kekuatan ialah memiliki kebolehan untuk menyayangi orang yang kita sayang.
Ibu adalah paling kuat .demi membesarkan saya ,ibu sanggup berkorban apa saja.
Demi saya,ibu tanggung sejuta kerisauan.
Kasih ibu,sampai bila-bila pun saya dapat rasa dari kecil hingga dewasa.
Ibu,saya akan jadi seorang yang kuat dan berani.dan kini saya akan luahkan apa yang terpendam dalam hati saya selama ini.
"Ibu,saya rindu ibu"
"ibu ,saya sayang ibu"
"Ibu ,adalah insan yang paling saya kasihi dalam dunia ini".
P/s ~~ Really Love u Pn Asnah Kk Ahmad..=')